[..Singgah kejap..]

December 24th, 2008 by xeealuvcfu

Saja singgah sini kejap. Lepas rindu.

Bukan apa, cuma nak beritahu, yang blog ini dah lama aku tinggalkan. Cerai talak satu. Satu je. Boleh rujuk semula, kan.

Bagi yang masih terpinga-pinga tak tahu, sila pergi sini.

Pergi. Jangan malu-malu. Aku tunggu.

http://xeatopia.blogspot.com

[..Hampir ke situ..]

September 15th, 2008 by xeealuvcfu

Update sekadar yang perlu.

Mengisi lompong-lompong entri yang ada.

Terlalu sibuk dengan urusan untuk men’jadi’kan diri sendiri sebagai isteri orang. huh, ingat senang ke nak kawen?

Berikut adalah fakta-fakta penting perkembangan diri yang anda mungkin ingin tahu. Tak nak tau pon takpe. Saye tak kesah.

1. Sedang puasa bersungguh-sungguh. Tapi, berat makin naik bersungguh-sungguh. Harap-harap baju kawen yang berkelip bagai nak rak tuh tade jadik rupe sarung nangka yang lusuh.

2. Tatap ramalan kaji cuaca setiap hari. Doa sungguh-sungguh supaya hari cerah berseri masa majlis nikah dan resepsi. Tapi, dengar ura-ura musim hujan pula mase raya nanti. Mati.

3. Berkurung dalam bilik 24 jam sehari. Buat gubahan hantaran sorang diri. Terpaksa berimaginasi tinggi-tinggi. Tatau la ape rupe gubahan nanti.

4. Terkial-kial menghantar kad jemputan yang mencecah jumlah ribuan keping. Naik lenguh tangan menampal setem sampai gam jadik kering. Meriah betul jemputan mak abah aku iring.

5. Argghhhh. Malas nak taip lagi laahhhhh.

Sekian buat hari ini. Coretan disudahi dengan kad jemputan ini.

p/s : Jemput dtg la yer. jgn malu2. =)

[..Politik itu CANDU dan kita pun menjadi DUNGU..]

August 2nd, 2008 by xeealuvcfu

Bersempena dengan proses membersihkan sawang-sawang di
sekitar blogs cabuk nih, pemilihan kupasan isu sensitif pada masa kini ini amat
bertepatan. Bagi membuang mana-mana yang patut, menanggal daki yang ada, agar
bersih semula.

 

Benar-benar bersih.

 

Pernah suatu ketika dulu, seorang senior sekolah bukan
Melayu memberitahu,

 

“Afziha, I believe u’ll be somebody someday. A politician,
maybe.”

 

Seraya aku bertanya semula, “Why?”

 

“Don’t know, why. I just believe. You got the charisma.”

 

Katanya, menyelak rambut yang jatuh di dahi sambil tersenyum
menonjolkan lesung pipit di kedua belah pipi. Manis sekali.

 

Sampai sekarang, aku masih tercari-cari di mana ‘karisma’
yang dikatakannya tuh.

 

Mesti ada yang berkira-kira, hanya kerana aku pandai
berhujah, maka aku dikatakannya punya karisma.

 

Mustahil.

 

Sebab masih aku ingat, tatkala itu aku belum pun
berkecimpung apatah lagi bergiat aktif dalam aktiviti cakap-cakap secara
spontan mahupun fasih bermanifesto menjual diri dalam pilihanraya pemilihan
ahli Majlis Hal Ehwal Pelajar sekolah.

 

Maka, di mana ‘karisma’ itu?

 

Sungguh. Aku memang tak tahu.

 

Kamu tahu?

 

Mungkin senior sekolah bukan Melayu itu tahu. Sebab dia yang keluarkan kenyataan itu.

 

 

* * * * * * * * *
*

 

 

Sedari aku kenal
siapa itu Perdana Menteri, tak pernah tertumpah walau sekelumit minat mahupun kasih
dalam bidang politik.

 

Walaupun pernah
duduk sebelah Uncle Ghani tatkala beliau memberi ceramah dengan menjadikan rumah
No.75 sebagai markas politiknya pada awal 90-an dulu.
Baru 8 tahun umur aku rasanya. Menganga besar tengok
orang2 setaman duduk berkumpul. Sanggup bersesak, berpanas, bersempit dalam
rumah sekangkang kera abah ku itu. Yang biru, merah, hijau semua ada. Oh,
semangat 46 pun ada lagi masa tu. Entah apa yang dikobar-kobarkan mereka. Bukan
ada kenduri nasi ambeng ke apa.
Datang semata-mata nak dengar orang2 besar bercakap itu dan ini. Menabur
janji barang segunung dua. Alih-alih, Uncle Ghani dah jadi Menteri Besar Johor,
sampai la sekarang ni.

 

Dalam usia
mencecah 24 (dalam IC masih 18 tahun. ehem.), selepas berpuluh-puluh
pertandingan debat seluruh negara dijelajahi, dah berkepuk sijil-sijil
penyertaan seminar di sana-sini, punya hak sendiri turun mengundi, dah dua kali
jadi Suruhanjaya Pilihan Raya, masuk ahli Jiran Wanita, sarung baju merah jambu
Puteri UMNO, mengaji dan berzanji kat Pakatan Yasin Wanita dan nyaris-nyaris
nak isi borang masuk ahli Majlis Wanita Johor.

 

Aku masih tak
pasti adakah itu semua dilakukan sebab semangat patriotisme yang luhur dan jitu,

 

atau rasa kecintaan
tak berbelah-bahagi dalam bidang politik,

 

atau sifat suka
melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan yang menebal dalam diri
sementelahan telah dipupuk sejak kecil lagi

 

atau sekadar
mengisi masa daripada melepak, berdating tak tentu hala

 

ATAU

 

adakah ini
’karisma’ yang dimaksudkan oleh senior sekolah bukan Melayu itu? 

 

 

* * * * * * * * *
*

 

 

Apa yang pasti, situasi
politik kini sangat memualkan.

 

Isu-isu basi yang
dihidangkan setiap hari.
Mana
tak mual. Nak muntah.

 

Minyak naik,
barang naik, rasuah naik, fitnah naik, naik turun mahkamah, naik minyak.
Mubahalah, muzakarah, muafakat, mercedes. Yang dulu tak terbuat lagi, dah sibuk
nak semai yang baru. Sibuk demonstrasi sepah-sepah tengah jalan, kerja kepada
rakyat tak jugak jalan. Dia tipu, dia salah, dia fitnah, itu konspirasi, ini
akuan bersumpah, report polis sana, report polis sini, saman malu, saman
fitnah, saman marah, saman polis, saman pening. Semua benda nak saman.

 

Memualkan.

 

Sama mual dengan
drama bersiri Slot Akasia Ezora. Semua orang mabuk nak buat cerita orang Melayu
yang kaya raya, mintak 50 ribu macam 50 ringgit, salasilah keturunan keluarga
haru biru sampai dah beranak-cucu.

 

macam ni lah
orang kita, terima semua benda macam telan candu.

 

Sendiri khayal
dalam dunia Melayu baru!

 

p/s : Baru
sembuh dari virus chikuungunya. Berhati-hati dengan nyamuk. Kecil tapi bisa
membunuh.

[..Undi Adalah Rahsia.]

March 11th, 2008 by xeealuvcfu

Terpanggil untuk buat sedikit ulasan tentang Pilihanraya
Umum ke-12 selepas mendengar keluh-kesah seorang abah yang gundah.

 

 
Ayer_hitam

  Gambar hiasan : Perang poster di DUN Ayer Hitam, Johor.

Kata abah,

 

Kerajaan terlepas
pandang pada satu golongan generasi pengundi baru (Generasi Y. Generasi
lahir tahun 80-an. Atau dengan kata mudah, orang2 yg umurnya lebih kurang
sebaya dengan aku la.) Mereka ini terdiri daripada golongan yang agresif, gemar
memberontak, mahu pembaharuan dan tak tahu banyak tentang sejarah. Kekalahan
teruk pilihanraya kali ini, dipengaruhi oleh banyak faktor. Bukan salah Pak Lah
semata-mata.

 

 

Melaka

  Gambar hiasan : Perang poster di DUN Bukit Beruang, Melaka. 

Kenapa, bah?
Kalau BN kalah, teruk sangat ke jadinya nanti?
  ”, aku mencelah.

Sambung abah
lagi,

 

 

Abah tak kisah,
kalau BN kalah tapi yg naik itu PAS.
Tapi sama sekali bukan DAP. Abah tak mahu, anak cucu abah diperintah oleh ’orang
luar’ dan tak mustahil satu hari nanti jadi macam apa yang dah jadi kat negara
Singapura. Abah tak mahu, bila ditanya exco agama Islam siapa? – orang kafir.
Menangis air mata darah Allahyarham Tunku Abdul
Rahman dan pemimpin2 sebelum ini kalau tahu tentang cerita ini.

 

Dap

 Gambar hiasan : Perang poster di DUN Ledang, Johor.

 

Maksudnya, abah
tak setuju dengan kewujudan barisan alternatif?
”, aku makin ghairah bertanya.

 

 

Abah meneruskan
hujah sambil menghirup kopi hitam pekat 434.

Barisan
alternatif perlu ada dalam sesebuah negara. Bagi meneutralkan satu2 bentuk
pemerintahan. Tapi, barisan alternatif patut bentuk satu pakatan secara rasmi
yang punya dasar dan prinsip mutlak. Yang boleh pertahankan agama Islam sebagai
agama rasmi dan hak2 istimewa orang Melayu sampai bila-bila walau apa-apa pun
yang berlaku dan dalam masa yang sama, mengambil kira kepentingan kaum lain di
negara kita. Barulah abah boleh kata, barisan alternatif tuh relevan."

Abah berhenti sejenak. Membetulkan kain pelekat yang dah londeh bawah paras pinggang. Berdehem dan berkerut dahi, abah sambung lagi,

" Tapi, apa
yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Mana ada kaum lain mahu sokong PAS
kalau dah manifesto utama PAS adalah nak jadikan negara Malaysia sebagai negara
Islam sepenuhnya. Sebab itu, DAP makin naik. Sebab itulah satu-satunya parti alternatif
yang mewakili kepentingan kaum lain. Kalau dah dorang tak setuju dengan BN, dan
terpaksa pilih barisan alternatif, apa lagi pilihan yang dorang ada?

 Undi

 Sekadar gambar hiasan.
 

 

Habis tuh, bila
dah jadi macam ni, Pulau Pinang dah jatuh kat tangan ’orang lain’, apa yang
boleh kita buat, bah?
”, aku terus menyoal-siasat.

 

 

Abah senyap
seketika.
Ambil nafas
sehela dua. Sambil tersenyum sinis, abah berkata,

 

 


Kita berdoa dan
berserah. Mohon agar orang2 Melayu Pulau Pinang sentiasa terbela nasibnya. Kita
tengok sama ada barisan alternatif dapat tunaikan tak segala macam janji-janji
manis mereka. Lebih-lebih lagi, tentang isu harga barang dan minyak. Kalau betullah
harga minyak dan barang jadi jauh lebih murah kat negeri2 barisan alternatif, lepas
tuh dapat macam2 duit bonus, kita angkut kain baju, pindah sana.

 

 

Aku terkedu.

 

 

Rasa macam nak
pergi Penang hari nih.
Eh,
pi negeri cik siti wan kembang pun ok gak.
Tak pun pi utara. Em, Selangor dah la, dekat sikit.

 

 

Tangki minyak
Lamborghini aku dah kosong.

 Spr

     Sekadar hiasan cuma. 

 

 

p/s :
Sehari selepas Pilihanraya ke-12
, saham-saham kat BSKL jatuh merudum. Itu baru satu hari. Aku dah mula tak
tentu hala. Betul kata abah, politik adalah nadi ekonomi. Diusik sikit,
goyahlah dia. Huru-hara di Terengganu masa hari mengundi pula, buat aku rasa macam
tengok laporan peperangan kat Palestin. Orang-orang Melayu sendiri yang
berpecah-belah, macam mana ’orang lain’ nak percaya? Ya Allah, Kau lindungilah
kami..

[..Tangkap Leleh..]

February 26th, 2008 by xeealuvcfu

Habit buruk ku
kembali lagi.

 

Takde mood nak
bersosial dgn dunia nyata dan maya,

apatah lagi nak
beramah mesra ngan mamak kedai depan.

 

Penangan trauma
pasal terserempak ngan babi utan kat Taman Negara tempoh ari tak kebah-kebah
lagi kot gamaknye.

 

Takpon, pasal
formula usang yg kerap aku guna pakai sebagai alasan kenapa aku takde mood. Formula
ZODIAK.

 

Kalau ikut zodiak Gemini aku, memang dah lumrah begini. Sering-kali bosan dengan kehidupan
sendiri. Aku pon tak tau apa punca. Jgn salah kan aku. Salahkan zodiak aku. Sape
suro lambat sangat kuar dari perut mak dulu. Mak aku terberanak lewat

seminggu.
Maka, aku pon ’ter’masuk dalam zodiak Gemini. Seorang pem’BOSAN’.

 

*hantuk kepale
kat dinding*

 

Belek2 gambar
favorite kat Compaq pinjam. Nak tingok ape gambar favorite aku?

 Thots_190

Tajuk : Teppanyaki.
Perasaaan : Macam makan nasik ngan taugeh goreng dan daging  bakar manis. Tapi gune chopstick aa.
Duit : RM 30 ++ 10x ganda harga nasik lauk mcm2 kat Line Clear Parit Raje. Tapi saye tetap SUKE.

Thots_189

Ini sebab kenape aku suke Teppanyaki. Chef2 yg stylo selambe masak depan mata aku. Aroma yg sunggoh menyelerakan. Tak dpt ditahan2 lagi nafsu makan yg memuncak ini.

Thots_200

Tajuk : JCO Donuts & Coffee. *I’ve a very sweet tooth*
Perasaan
: Sape2 blom pernah try, sila cuba. At least, sekali. Kalo tak, seolah-olah dah ilang satu nikmat makan. Try Alcaponne (tatau btol tak eja ni) ngan Tira-Miss-U. Sgt heavan.
Duit
: RM 10++ (1/2 dozen) tak ingat laa. Pasal bukan aku yg baya. =p

ATTENTION : Hanya utk org2 yg tabah. Pasal kena beratur panjang. No hal aa buat org2 mcm aku. No pain, no gain, right?

Bb_036

Tajuk : Seoul Garden BBQ on Table People (Mahkota Parade)
Perasaan : Unik dan best pasal bole buat BBQ sendiri kat atas meja. Plus, pilihan makanan buffet yg terlampau sampai rambang mata dibuat nye.
Duit : RM 30++ (per person) special discount on weekdays & student

Bbq

Bagi close-up sikit. Kat tray hitam nih la kite masak2. Tgh2 tuh, bley masak soup (abalone, tomyam etc.) kire bley layan steamboat gak aa bagi sape2 yg on diet.

Thots_218

Tajuk : Kenny Rodgers 1/4 roasted chicken (mushroom sauce) (+) 2 side dishes (fruit salad & macaroni cheese) (+) soft drink
Perasaan : My all time favourite pasal mase 1st time dating dulu, makan mende alah nih for the very 1st time! *sipu-sipu malu*
Duit : RM 9.90 sahaja kat BP Mall on weekdays (lain2 tempat, normal price kot)

Thots_042

Tajuk : Syurga makanan laut. (Pasar Siti Khadijah, Kelantan)

Perasaan : Sedap yg melampau. Tapi condition tempat mkn agak kurengg. So, tapaw sudey! ~
Duit : RM 8.00 (seekor) diulangi.. tiap sekor, ok!


YA.

 

SAYE SANGAT SUKE
MAKAN.

 

SANGAT SUKE CARIK
TEMPAT MAKAN BARU.

 

Cita-cita agung
aku adalah nak jadik pewaris takhta Maria Tunku Sabri kat rancangan Jalan-jalan
Carik Makan TV3.

 

Ade berani?

p/s : Sempat poww kek cokelat kat jejaka jiran sebelah mase nak pi kelas pagi tadi. Chedapp oo. Kalo pasal makanan fevret, mmg aku wat muke tembok jer. hehehe

[..Cen-cu-rut..]

January 28th, 2008 by xeealuvcfu

Orang suruh bache buku, NANTI DULU. EXAM LAMBAT LAGI.

 

Orang suruh buat assignment, KEJAP LA. 5 MINIT.

 

Orang suruh basuh baju yang bertambun-tambun tuh, TAK KUASA.
DOBI KAN ADA.

 

Orang suruh tengok TV, TAKDE CITER BESH AA. HERO TAK HENSEM.

 

Orang suruh update blog, ERKK, TAKDE CITER MENARIK. IDEA
KERING.

 

Berdasarkan kepada alasan-alasan yang disebutkan di atas, maka
terhasillah nukilan carca-merba berikut.

 

Kisahnya sewaktu mengunjungi Politeknik Johor Bahru tempoh
hari. Niat asal, nak buat kajian rintis bagi Projek Sarjana yang agak terhegeh-hegeh
jugak nak disudahkan.

Susah payah laa memandu Lamborghini
( erkk.. Ferrari direhatkan buat
sementara
) jauh-jauh ke Pasir Gudang sampai malam-malam buta. Penat lelah
tak terkata. Silau mata usah dikata. Demi sebuah cita-cita, ku turutkan jua.

 

Lepas jaga dari tidur yang lena sampai mulut ternganga,
terus siap-siap solat subuh dan mandi koboi unta (sejukkk wo. Umah member takde heater. Hehe) Terus ke destinasi yang
ditujui. Sampai-sampai jerk kat pintu pagar, selambe kena sound dengan pak
guard si misai melintang marah aku parking kereta kat tempat yang salah. Dia ingat aku student poli situ. Maka,
seraya dia menjerit dengan mimik muka sebengis rimau di rimba “ Woi! Jangan parking situ la. Orang takleh
lalu!”

 

Perasaan aku?

 

Pertama, aku
MARAH yang teramat-amat. Apa takde bahasa yg lagi sopan ke nak tegur orang buat
silap. Inilah salah satu ciri mentaliti individu kelas ketiga.

 

Kedua, rasa di
awang-awangan pun ada pasal aku nih masih MUDA JELITA rupanya sampai disalah
sangka sebagai student poli yang belia remaja. Ehem. 

 

Lapor
diri kat pos pengawal tuh. Tunjuk surat dan jelaskan tujuan semua, senyap
pakcik misai melintang tadi seraya berkata, ”Owhh,
saya ingat awak student tadi.”
TANPA
disusuli oleh sebarang bentuk perkataan yang berbau MAAF. Lagi satu ciri
mentaliti individu kelas ketiga.

 

Kesimpulannya,
apakah ciri mentaliti individu kelas pertama dan kedua?

 

Jawapannya,
tepuk dada tanya selera.

 

Pada aku, tiada
kelas pertama mahupun kedua tetapi kelas ketiga MESTI ada. Sebab dalam setiap
pertandingan ikut piawaian standard, cuma ada tempat pertama, kedua dan ketiga.
Kalau dalam
pertandingan lumba lari, kedudukan ketiga adalah yang TERCOROT dari segi catatan
masa, stamina, kekuatan fizikal dan sebagainya. Mentaliti kelas ketiga mewakili
kedudukan tercorot dalam kelas pemikiran. Tak sampai hati pulak nak kelaskan
mereka kepada angka-angka yang lebih ke bawah duduknya. Kalaupun ada angka yang
lebih corot dari itu, anggaplah angka tiga itu sebagai sedikit penghargaan
kepada mereka yang sentiasa duduk di kedudukan tercorot itu.

 

Sedikittttt
cuma.

 

p/s : Mungkin
patut ada istilah mentaliti kelas tercorot pulak.

[..Sepurnama di Bumi Asing..]

December 31st, 2007 by xeealuvcfu

Terlalu banyak kisah nak dikongsi
sampai tak lalu tangan berjari runcing nih nak menaip. Sekadar menceritakan
pengalaman latihan mengajar kat politeknik yang aku kira sangat berharga dan
benar-benar membawa impak maksima terhadap persepsi dan mentaliti aku selama
ini.

 

HARI PERTAMA

 

Semangat terlalu berkobar-kobar.
Sangat blur2 ayam coz terpaksa bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap-siap
pergi tempat keja yg agak jauh letak duduknya plus, aku adalah masih jahil
dengan jalan2 kat Melaka nih, so mana2 jalan yg Cfu tunjuk, jalan tuh laa yg
aku ikut. Dari Ayer Keroh ke Politeknik Kota Melaka kat Malim lalu jalan utama,
agak MENYEKSAKAN.

i. Jalan yang busy dengan kereta2, bas2 sekolah, bas2
kilang dan

   mat2 rempit berpusu-pusu nak pi tempat keja mcm aku gak.

ii. Ditambah pulak dgn traffic light yang aku lalui
sepanjang nak ke

    Malim tuh, ade la jugak lebih kurang genap kiraan jari2 kat

    tangan.

iii. Nak tambah sedap plot kisah hari pertama aku ke tempat
keja,

     hujan pon dengan slambe turun dengan selebat-lebatnya.

iv. 1st time punch-card. Jam 8.03 a.m. MERAH.

Purrr-fect.

 

HARI KE-2

 

Dah berjinak-jinak masuk kelas.
Ikut pensyarah senior yang mengajar subjek Matematik Kejuruteraan. Err.. subjek
yang ala2 add math laa kalo kat skola menengah. Kenapa? Tak percaya? Mentang2
laa aku slalu failed add math dulu. Ahahaha keadaan student poli same ngan
persepsi n mentaliti aku selama ini : AGRESIF dan agak NAKAL.

 

Itu pandangan
pertama.

 

Agak jelik dgn perangai
sesetengah pelajar kelas tuh yang meleset-leset dan tidak serius langsung tatkala
sedang menjalankan pembentangan kat depan. Ditambah pulak dgn 1001 alasan tak
munasabah kalau ditanya pasal assigmnment lepas-lepas yang dah berkurun lama
tak dihantar. Pensyarah pulak yang terhegeh-hegeh pi mintak assignment dgn
mintak student datang amek ujian atau kuiz lepas2 yang tak diambil.

 

Apasal
dorang tak amek ujian ?

 

Pasal dorang saje2 sukahati nak atau tanak datang
kelas.

 

NO manners.

 

HARI KE-3

 

Mula masuk kelas. Mengajar subjek
Aplikasi Komputer. Sesi berkenalan cuma memakan masa yang singkat pasal aku
berlagak tegas tanak layan segala macam soalan berkaitan hal peribadi. (Bajet
artis laa kan.
Nak cerita pasal karier jer. *Bluekk*)
Mula-mula tuh, pening jugak aku fikir
camana laa nak abiskan masa 2 jam yang diperuntukkan untuk mengajar. Rasa macam lama sangat la pulak. Mula
mengajar, menggelabah gak laa aku pasal kena handle 40 lebey orang student kat
dalam satu makmal komputer. Habis terbakar segala lemak dan kalori dalam badan
pasal ke hulu ke hilir tolong student2 yang tak paham nak buat itu dan ini. 2
jam berlalu bagai tsunami. Terlalu pantas.

 

Mengah!

 

HARI KE-4

 

Dah kenal ramai student. Tatau pesal. Padahal otak aku nih bukan yang jenis
mudah mengha
fal nama orang. Mungkin sebab TERPAKSA ataupun sebab aku
memegang prinsip bahawa “Nama setiap orang merupakan lambang keindividuan dan
keunikan masing-masing.“
Lebih-lebih lagi, pengalaman sebagai student, aku
amat gemar pada pensyarah yang ingat nama aku yang agak sukar untuk disebut
apatah lagi untuk disimpan dalam kotak memori. Rasa sangat dihormati dan
dihargai.

 

HARI KE-5

 

Pelik. Aku semacam dah mula rasa
seronok pulak mengajar. Terutamanya subjek yang aku rase agak sengal pada
mulanya iaitu Matematik
Kejuruteraan. Student yang aktif dan sentiasa bagi respon mase aku mengajar
amat mengujakan!
Aku gunakan
segala kepakaran dan ilmu psikologi yang aku ada untuk menggalakkan diorang
jawab soalan Trigonometri kat depan. Aku puji2 sket yang diorang nampak smart,
hensem, cantik dan sebagainya. Aku umpan pulak dengan markah penyertaan dalam
kelas yang lumayan. Ditambah pulak dengan kata-kata penghargaan ’terima kasih’
dan pujian ’pandaiiiiii’ untuk setiap jawapan yang betul mahupun salah. Bagi kembang-kempis sket. Habis berpusu-pusu
student nak jawab soalan kat depan.


Wahhh.. berbaloi jugak aku dapat A dalam
subjek psikologi pendidikan.

 

SEBULAN selepas itu…

 

Hari terakhir kelas, wat pembentangan pasal ’TANAHAIR KU MALAYSIA’ bagi
subjek Aplikasi Komputer. Kali nih, aku umpan pulak dengan ganjaran hadiah
lumayan bagi kumpulan yang berjaya dapat markah tertinggi. Nahhh… pada hari
tuh, bersemangat habis student2 aku bergaya sakan dengan baju seragam ikut
kumpulan masing2. Ada yang berbaju kebangsaan siap bersamping bagai, berkain
pelekat, bersongkok dan ada jugak yang pakai baju rasmi politeknik.
Berbunga-bunga hati aku tengok student2 aku bersungguh-sungguh dgn tugasan yang
terakhir kali nih. Pembentangan berlangsung dengan jayanya. Sesi pengumuman
pemenang dan penyampaian hadiah berlangsung pada akhir kelas. Selepas tuh, ada
laa sket ucapan dan kata2 peninggalan plus, sesi bergambar beramai-ramai dgn
student2 yang dikasihi sebelum meninggalkan mereka semua.

(err… did i juz
said, ’dikasihi’?).

 

Gini rupanya jadik cikgu..

 

Rasa sayang pulak nak tinggalkan student2 yang pada mulanya aku anggap agak
kurang manners dan segala macam tanggapan yang kurang baik lagi. Sebenarnya, bukan
semuanya sama macam yang aku sangkakan. Malahan, senakal-nakal diorang, kerenah
nakal tuh jugak laa yang wat aku sentiasa terbayang-bayang dan senyum sendiri. Macam
nih rupanya perasaan menjadi seorang cikgu, yer. Memang btol aa kot, kata
somebody kat aku bahawa sesungguhnya Allah dah tetapkan rezeki setiap orang
mengikut kehendak dan keupayaan masing-masing. Kita selaku hamba-Nya perlu
sentiasa bersyukur dan menganggap tiap kerja yang kita lakukan sebagai satu
amanah dan ibadah.


Insyaallah, kita akan sentiasa enjoy dengan pekerjaan kita!

 

Studentcopy

p/s : Terima kasih kat mak-abah (cikgu-cikgu
sekolah yang berpengalaman lebih 20 tahun di sekolah rendah dan menengah)
n my
cfu (pensyarah kolej swasta yang dah biasa bergelumang dengan student2 yang
lebih beraneka ragam lagi attitude nya).
Orang2 inilah yang sangat2 membantu tatkala aku
mengalami culture shock pasal tak berapa nak boleh adapt lagi ngan environment
and lifestyle student2 politeknik. Terima kasih jugak kat student bernama Hadi
yg bagi CD demo band Rabiyas. Good Luck!

Semoga kalian berjaya mencapai
cita-cita masing-masing.

[..Petunjuk..]

November 8th, 2007 by xeealuvcfu

Sejak dua menjak nih, aku sering ‘terserempak’ atau dgn kata
lain secara tak sengaje termasuk dlm website perniagaan secara online. Nih
sume gara2 habit baru aku iaitu shopping online (ahah.. mmg dasar
shopaholic. walau tak punye masa nk shopping, still get the chance to shop.
)
Besh woooo shopping online! Very convinience. Easy. No traffic jam. No
crowds. Discount. Unique and rare products. (esp. on clothes aa. bley jumpe
mcm2 jenis design, material, brand yg kite susa nak dapat kat mane2 shopping complex
)
Juz browse, choose and pay! Semudah itu! Semuanya di hujung jari anda!

The ONLY risk adalah, kite tak nampak produk yg kite nak beli tuh secara live.
So, macam tak sure aa sama ada brg tuh btol2 sama ke dgn ape yg kite expect and
mcm mana kualitinya. But so far, brg2 yang aku pena beli secara online
adalah exactly the same mcm yg aku expect. Kualiti pun sama bagus dgn barang yg
kite beli secara langsung kat kedai2 mahupun shopping complex. The most
important thing is, find the right and legal seller. Pandai2 laa kan. Jgn sampai tertipu
pulak.

 
Website mcm Lelong, eBay and  Amazon adalah contoh website yg menjalankan perniagaan online secara sah dan tertakluk
di bawah beberapa akta tertentu yg melindungi hak kita sbg pembeli. Maka dengan
itu, jgn takut2 utk mencuba beli barangan secara online (eh.. eh..
sibuk plak aku dok menghasut org lain jadik kaki shopping gak. hehehe
)

Oh ya, jauh menyimpang drp tajuk pulak yer. Kadang2 tuh, tefikir jugak aku.
Adakah ini satu petunjuk buat aku? Selalu mimpi aku jadik businesswoman
yg bwk briefcase ke hulu ke hilir (wahh.. mcm real jer) di samping
selalu sgt laa ‘ter’ masuk website shopping online, pastuh beli, pastuh
browse lagi website yg lain, pastuh terasa mcm nak start bisnes online
sendiri gak. Lebih2 lagi aku student IT. Punya segala mcm skill pasal komputer
yg boleh aku apply utk wat bisnes online. Masalah aku : Tak minat wat
bisnes. (+) Tak tau cara yg terbaik utk wat marketing (+) Tak tau produk ape yg
patut aku jual  (+) Musuh ketat iaitu
MALAS = Maka dgn itu, aku pendamkan jer hasrat tuh hingga ke saat ini.

Aku cuba kaji dan fahami petunjuk ini.

 

Apakah yg patut
aku buat? Adakah buat derrkk jer? (Yer
laa..
bukan ke mimpi itu mainan tido. So, abaikan jer la.)

 
Adakah ia
petunjuk bahawa aku merupakan pelopor bidang perniagaan dalam kalangan family
aku? (Family sebelah abah ke.. sebelah mak ke..sorang pon tade join bisnes!
sume cikgu-cikgi ngan makan gaji
)

 
Apakah yg boleh
aku buat dalam bidang perniagaan sedangkan aku takde basic langsung dlm bidang
nih? Boleh blah ke aku
ngan bidang ni?


Aku boleh kaye ke
kalo wat bines nih? (tapi kan, kalo ikut kata Nabi S.A.W sendiri, bidang
perniagaan tuh 9/10 daripada sumber rezeki
)

ATAU

Adakah ini petunjuk agar aku berhenti daripada terus membeli-belah sesedap
rasa? (sentap!!)

p/s : Akan bercuti lama drp menulis lepas ni (Mungkinlah..Sbb tak sure aa
umah sewa aku nti tuh ade access internet ke tak
) Akan memulakan praktikal
mengajar di politeknik mulai minggu depan. Doa2kanlah agar student2 aku
sume nanti jenis yg mendengar kata dan tak suke wat aku hangin. Berusaha!!~~

[..Crazy Beauty Conscious : It's YOU!..]

October 31st, 2007 by xeealuvcfu

Am I beautiful?

 

I don’t have that ‘hidung mancung
bak seludang’

I don’t have that ‘mata redup
memandang’

I don’t have that ‘pipi pauh
dilayang’

I don’t have that ‘dagu elok
terbelah’

I don’t have that ‘bibir merah
merekah’

I don’t have that ‘alis lebat
melentik’

I don’t’ have that ‘kulit mulus bak
telur dikupas’

I don’t have that ‘leher cantik
dan jinjang’

I don’t have that ‘pinggang ramping
bak kerengga’

I don’t have that ‘betis umpama
beting padi’

I don’t have that ‘rambut hitam
mayang mengurai’

I don’t have legs that go on
forever

I don’t have that alluring figure

I don’t have million dollar smile

 

I don’t have that all

 

But I do have a heart

 

A beautiful one

 

That easily gets hurt by your ugly words

 

Period.

p/s : Beautiful is subjective.
Every people have their very own interpretation. You are NOT supposed to judge
any of God’s creation. HE always does great and perfect.

[..Di mana C i n t a?..]

September 24th, 2007 by xeealuvcfu

Menitis air mata tiap kali menatap kisah malang adik Nurin Jazlin yg terpapar saban
hari kat dada-dada akhbar haluan kanan mahupun kiri. Tak dapat nak digambarkan
perasaan yg hinggap kat benak sanubari aku nih tiap kali terbaca atau menonton
cerita arwah. Mungkin naluri sebagai kakak sulung yg punya ramai adik-beradik
perempuan. Mungkin jugak sebab aku ade sorang adik kecil yang boleh dianggap seusia
dgn arwah. Mungkin jugak sbb aku tergolong dlm orang2 yg mempunyai tahap
kecerdasan visual yg tinggi so, sgt mudah bagi aku utk menggambarkan situasi yg
dialami oleh arwah. Gambaran yang
seolah-olah sedang menonton flashback kat wayang gambar. Sangat jelas.

 

Entah ’binatang’ jenis ape yg merasuk kau,
pon aku tatau. Binatang pendek berhidung penyek kaler merah jambu tuh pun tau
sayangkan anak, la! Kau nih binatang kacuk syaitan, barangkali. Arwah didera,
dirogol dan dibunuh dgn sadis yg teramat. Tak cukup dipisahkan dari mak ayah
dan adik-beradik, arwah dibiar kebuluran, takde ubat utk penyakit buah pinggang
ngan darah tinggi yg ditanggungnya, dirodok pulak bahagian bawah arwah dengan
terung dan timun sampai pecah rektum dan segala bagai. Dijangkiti kuman
sampailah arwah menghembuskan nafas akhir. Seksanya hari-hari terakhir yg
terpaksa dilalui insan kerdil tuh.

 

Paling tak dapat diterima akal, cara
jenazah arwah ditemui.
Kau buat arwah macam sampah. Macam anak patung
yang boleh diliuk lentur dan dipatah-patah. Cukup memilukan mata-mata yg memandang. Sengaja kau seksa zahir dan batin
kami. Menakut-nakutkan kami hingga ke akar umbi. Kau main perang psikologi.
Dengan motif, semua org tahu kau lah yg paling berkuasa. Kau boleh buat apa jer
kau mahu. Semua orang patut takut dgn kau. 

 

Syaitan lah kau!

 

Mana letak akal fikir kau?

 

Mana hilangnya darjat mulia manusia?

 

Ya, perasaan marah dan benci aku terlalu
meluap-luap.

 

Berita
lebih menyayat hati baru aku dengar sewaktu berita di radio pagi tadi. Pihak
berkuasa berkemungkinan besar akan mendakwa mak dan ayah arwah atas sebab-sebab
kecuaian. Paling bangsat pon, nak
denda dorang la. Tak relevan langsung. Suka hati mak bapak kau jer nak
dakwa-dakwi orang tanpa usul periksa, yer. Tragedi malang nih berlaku secara
tak sengaja. Bukannya mak ayah arwah slambe suka-suka nak cuai biar anak dorang
pi pasar malam sorang2. Orang yg sengaja buang anak merata-rata tepi tong
sampah, dalam jamban, kat umah kebajikan, tanak pulak kau dakwa! Kau pandang
sebelah mata! Orang tuh tgh dok sedey2 berkabung meratapi pemergian anak
dikasihi, alih2 kau datang nak sumbat dorang masuk dalam lokap. Fikirlah, weih.
Manusia ade hati perasaan.

 

” Ya Allah, Kau lindungilah adik-adikku,
kaum keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan sekaliannya daripada
perbuatan terkutuk orang-orang Jahiliah zaman ini. Sesungguhnya Kau Maha
Pelindung, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ”

 

Al- Fatihah buat Arwah Nurin Jazlin bt
Jazimin…

Mainpix_1

 

p/s : Kata ganti
diri ’kau’ merujuk kepada watak-watak antagonis dalam kisah kali ini.